Friday, December 30, 2011

Di Sebalik 2011 ..

            Assalamualaikum dan salam sejahtera .. pejam celik pejam celik tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya sehari saja lagi kan ..? kowang sedar ke tak tentang kenyataan nie..?? meh sini sape yang tak sedar aku nak bagi sedar siket .. azam tahun 2011 kowang macam mana dah tercapai ke ..?? kalau tanya aku maybe dah tercapai sebab azam aku tiap tahun akan same jea iaitu mahukan tahun yang mendatang lebih baik daripada tahun sebelumnya .. aku tak suka nak specifickan azam aku sebab aku lebih suka secara menyeluruh .. setiap manusia berbeza kan ..

            Sepanjang tahun 2011 nie pelbagai perkara suka dan duka terjadi dalam hidup aku .. dan alhamdulillah kerana aku mampu untuk menempuhnya dengan baik sekali.. sedar tak sedar blog comot aku nie dah nak sambut ulangtahun yang pertama pada 1 januari nie .. sekejap jea aku rase macam baru jea lagi blog nie wujud .. terlampau cepat masa berjalan .. pada tahun 2011 nie aku berusia 19 tahun .. alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau masih berikan aku peluang untuk melihat segala ciptaanMu nie yang begitu indah .. aku sekarang bergelar pelajar semester 4 dan kira-kira setahun lagi aku bakal mendapat segulung diploma .. InsyaAllah ..

            Pada tahun 2011 nie tak banyak kenangan pahit yang aku tempuhi .. alhamdulillah .. cuma aku diuji dengan dugaan-dugaan kecil sahaja .. dan pada tahun 2011 nie juga aku dipertemukan semula dengan Encik Botak tersayang setelah lama kami terputus hubungan setelah tamat Tingkatan Tiga .. terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah berikan aku kebahagiaan hidup nie .. aku berharap agar aku tak leka dengan kebahagiaan yang telah Engkau berikan nie .. sekiranya aku lalai dengan kebahagiaan nie Engkau tarik lah kebahagiaan nie sedikit agar aku cepat sedar akan kealpaan ku Ya Allah ..

            Semoga tahun 2012 yang akan datang membawa 1001 rahmat kepada kita semua dalam menjalani hidup sebagai manusia di atas muka dunia nie .. aku berdoa agar setiap orang yang berada disekelilingku samada ketika aku jatuh mahupun bangun nie akan memperoleh rahmat dariMu Ya Allah .. wahai sahabatku jangan lah kita menyalahkan Allah diatas segala kedukaan yang telah diberikan kepada kita nie .. sesungguhnya Allah hanya menguji dengan dugaan yang mampu dipikul oleh hamba-hambaNya sahaja .. ayuh kita jadikan tahun 2012 lebih baik daripada tahun-tahun sebelum nie .. akhir kata dari aku .. SELAMAT TAHUN BARU 2012 .. HAPPY NEW YEAR ..



* untunglah sape yang celebrate new year dengan family .. aku kena balik dungun dah esok ..

* miss my Encik Botak .. cuti nie xjumpa pun .. :(

tHanks fOr yOur TimE to Read tHIs :D

No comments:

Post a Comment