Monday, December 26, 2011

Hargainya selagi masih ada ..

            Assalamualaikum..

           Sebelum tangan nie seronok menaip entri untuk kali nie .. rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut hari natal kepada penganut agama kristian dan selamat bercuti kepada semua warga diploma uitm .. seronok nampaknya bercuti ye .. assigment dah siap ke belum ? kalau tanya aku memang aku tak sentuh ape-ape pun lagi .. padahal naik cuti nie aku akan menghadapi dua test yang sudah confirm ..tapi masih ta mulakan study lagi .. almaklumlah seronok sangat berada di rumah nie .. malas rasenya nak menghadap buku .. 

          Memandangkan tajuk entri aku kali nie agak serious bunyinya yep .. sebenanrnya aku nak mengingatkan diri aku sendiri tentang kita perlu menghargai setiap insan yang berada di sekeliling kita nie terutamanya kedua ibu bapa kita .. terdetik hati aku untuk menulis tentang nie adalah kerana dalam minggu nie sahaja dua orang sahabat aku telah kehilangan ibu dan bapa mereka .. tidak perlulah aku perkenalkan siapa mereka .. cukuplah sekadar korang tahu mereka kawan aku .. 




          Aku berkawan dengan mereka berdua nie sejak di darjah satu lagi .. bayangkan berapa lama kami berkawan kan .? kalau tak silap aku hari selasa (20/12/2011) mak kepada rakan lelaki aku telah meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara .. dan pada hari sabtu rakan perempuan ku kehilangan ayah nya kerana serangan jantung .. aku amat bersimpati dengan mereka berdua .. aku doakan mereka tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan daripadaNya nie .. 

          Aku amat tersentuh dengan kehilangan nie dan kejadian nie telah menyedarkan aku untuk menghargai setiap insan yang berada di sekeliling aku nie terutamanya ibu bapa kita.. mungkin selama nie kita banyak membuat salah samada sedar atau tidak .. aku percaya yang aku banyak buat salah dengan ibu bapa aku .. aku bersyukur kerana sehingga ke hari nie aku masih diberi peluang untuk melihat wajah kedua ibu bapa aku sedangkan ramai insan di luar sana tidak mempunyai peluang untuk melihat wajah orang tua mereka lagi ..

          Marilah kita bersama-sama berpesan kepada diri sendiri serta rakan-rakan untuk menghargai anugerah Allah iaitu ibu bapa kita .. hormatilah mereka .. jangan biarkan mereka menangis kecewa kerana kesalahan dan kegagalan anak mereka sebaliknya biarkan mereka menangis kerana kecemerlangan dan kejayaan hidup kita di dunia dan akhirat .. terima kasih ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk sedar tentang penting nya kedua ibu bapa dalam hidup kita .. 

         Walaubagaimana teruk pun ibu bapa kita .. mereka tetap ibu dan ayah kita .. jangan pernah sesekali kita membenci mereka .. sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki ibu .. terlampau mulia nya seorang ibu itu di mata Allah .. sebelum kita melakukan apa-apa fikirlah dahulu tentang pengorbanan dan kesusahan ibu bpa kita untuk memebesarkan anaknya untuk menjadi insan yang berguna di mata masyarakat dan yang pentingnya di mata Allah .. 

saya sayang mereka sangat-sangat ..

*Al-Fatihah untuk semua insan yang telah pergi mengadap Illahi ..

tHanks fOr yOur TimE to Read tHIs :D

No comments:

Post a Comment