Friday, February 24, 2012

Kesibukan Berganda.

Assalamualaikum and selamat sejahtera semua penduduk kampung blogger. Lama tak bertemu ye wahai cik blogger. Maaflah sekarang nie kesibukan sangat berganda bagi diri aku nie. Minggu depan bermula la study week aku selama 11 hari. Jangan nak happy sangat ye cik shiera oiii, sebab ko kena sedar yang lepas tue k0 kena tempuh FINAL EXAM bermula 12 mac sehingga 31 mac. Selepas tue baru la aku boley enjoy puas-puas selama 2 bulan setenga sebab kali nie cuti sem aku sangat lama daripada biasa.

Selama beberapa minggu aku tak coretkan cerita baru di blog aku nie, pelbagai perkara berlaku dalam hidup aku. Antaranya adalah Festival Kolej UITM Dungun 2012 ataupun lebih dikenali oleh student UITM dengan nama FESKO. Macam-macam aktiviti ada waktu FESKO nie antaranya pencarian ratu UITM Dungun 2012, pertandingan makan ice cream terbanyak dan tercepat, demonstrasi kebakaran di Kolej Duyung, dan pelbagai lagi la.

Kalau mane-mane student yang jenis suka lepak macam aku nie memang akan memanfaatkan masa sepenuhnya dengan lepak kat Fesko nie la sebab Fesko nie diadakan dekat Stadium Gemilang dan sangat sesuai untuk lepak dengan kengkawan lebih-lebih lagi kalau time malam. Tapi masa Fesko nie diadakan amatlah tidak sesuai dengan jadual bebudak fakulti aku iaitu perakaunan sebabnya kita 0rang ada test berderet selama 2 hingga 3 hari . So terpaksa la lupakan nak lepak lama-lama kat Fesko nie sebab kena lepak dengan buku-buku kat bilik tue yea..

Walaupun aku ada test masa Fesko nie aku tetap masuk aktiviti yang dianjurkan iaitu perarakan kolej. Engkau jangan nak ketawakan aku la masuk perarakan sebab tue jea aktiviti yang tak bertembung dengan jadual test aku. Bagi student yang duduk kolej macam aku nie diwajibkan sertai paling kurang satu aktiviti bagi mendapatkan merit peserta yea anak-anak. Ok la aku pun dah penat nak menaip panjang-panjang so aku nak tunjunkkan kowang dengan k0leksi gambar semasa Fesko nie dijalankan.

















tHanks fOr yOur TimE to Read tHIs :D

No comments:

Post a Comment