Monday, May 28, 2012

Calon Suamiku...

             Assalamualaikum dan selamat sejahtera..maaflah kalau blog nie sedikit berhabuk ye almaklumlah tuan empunya blog ini mempunyai penyakit yg amat kronik iaitu malas menulis entri baru di blog buruk ini..boleh dikatakan setiap malam aku blogwalking dekat blog orang lain tapi tak tahu la kenapa pintu hati nie tak terbuka utk tulis entri di blog sendiri..mungkin hidayah nya masih belum sampai kot..

sedar atau tidak cuti semester aku kali nie sudah semakin hampir ke penghujungnya..hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku menikmati kenikmatan cuti semester yang sangat panjang nie..ini bermakna tak lama lagi aku akan memulakan kehidupan aku sebagai pelajar di Uitm Dungun semula lah nampak gayanya..alamak mukadimah aku kali ni terlalu mengarut dan takde kena mengena langsung dengan tajuk kali nie..ok STOP IT !!!

secara jujurnya aku tak tahu macam mana aku boleh tergerak hati untuk menulis tentang calon suamiku..sebenarnya aku hanya nak kongsikan sedikit ciri-ciri calon suami idaman aku..aku bukanlah terlalu memilih calon suami tapi aku sekadar mahukan yang terbaik untuk masa depan ku sahaja..

Ciri-ciri Calon Suami Pilihan Aku adalah :
  1. seorang lelaki yang sayangkan agamanya iaitu agama islam..jika seseorang itu sayangkan agamanya InsyaAllah dia akan melakukan perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.
  2. seorang anak yang sayang dan taat kepada kedua ibubapa nya..aku sangat tertarik dgn seseorang yang sangat hormat kepada ibubapa nya..kalau seseorang itu hormat kpd ibu bapanya InsyaAllah dia juga akan hormat kepada orang disekelilingnya seperti isteri dan anak-anaknya.
  3. seseorang yang mempunyai kerjaya atau nama lain nya ialah pekerjaan..dan tentu sekali aku mahukan yang mempunyai pekerjaan yang halal..jika dia mempunyai satu kerjaya yang bagus itu merupakan satu bonus kepada kami sekeluarga..

hanya tiga ciri-ciri calon suami yang aku nak nyatakan dekat sini..aku senaraikan tiga yang atas nie sebagai yang paling penting perlu ada pada seorang calon suami..antaranya dari segi agama..dah tentulah aku nakkan yang bagus agamanya sebab suami ini lah yang akan bimbing aku ke arah agama islam dan akan menjadi imam kepada solatku nanti..keduanya hormat ibubapa..setiap orang yang waras pikiran nya akan mahukan pasangan hidupnya yang hormatkan kedua orang tua nya sendiri..takkan la kau nak bersuamikan seorang yang layak digelar kurang ajar mahupun derhaka pulak kan..last sekali mempunyai karier..aku nakkan seorang yang mempunyai karier ataupun pekerjaan sebab dia yang akan tanggung hidup kau selepas kahwen kan..kalau suami kau tak kerja takkan kau nak bagi anak-anak kau makan pasir pulak kan..

itu hanyalah pendapat aku saja terpulang pada setiap orang yang menilainya..setiap orang mempunyai ciri-ciri calon suami atau isteri yang berbeza..kita tak ada hak nak kutuk-kutuk ciri yang seseorang tue tetapkan untuk pasangan hidup dia..itu hak peribadi masing-masing kan..kalau kau suka kau teruskan ambek tahu pasal dia and kalau kau tak suka kau tak payah nak ambek tahu lagi pasal dia..dia tak kacau hidup kita so kita pun tak payah nak sibuk-sibuk kacau hidup dia..

mata aku pun dah semakin berat masa aku tengah taip entri nie sebab aku taip masa orang lain dah enak dibuai mimpi indah..so aku beredar dulu la yea..segala salah silap aku dalam penulisan mahupun percakapan dan perbuatan aku mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..jika ada salah yang tak aku sedar..maka tegur-tegurlah kesalahanku itu..aku cuba perbaiki kelemahan diri ini samada dalam percakapan mahupun perbuatan tapi yang lebih utama kalau di blog nie mestilah aku ingin perbaiki mutu penulisan aku..setiap manusia belajar daripada kesilapan lalu..assalamualaikum..

beliau panduan aku dalam memilih calon suami..
Mohd Radzi Bin Wagiman.



tHanks fOr yOur TimE to Read tHIs :D

No comments:

Post a Comment