Monday, May 7, 2012

Hari Keluarga Haji Wagiman bin Saniman.

Assalamualaikum and selamat sejahtera,sangat lama aku tak menulis blog nie kan. Ini semua disebabkan penyakit MALAS aku yang bermaharajalela dalam diri nie. Aku tak tahu kenapa sejak aku cuti semester nie aku sangat malas nak menjengah ke blog nie sedangkan masa luang aku sangat la banyak. Cuti semester aku kali nie dipenuhi dengan aktiviti balik kampung,merayau-rayau and family gathering belah abah aku pada 5mei2012.

Family gathering semalam merupakan julung kali nye diadakan oleh keluarga kami,sepupu aku kak ijah and kak nina yang menguruskan hari keluarga nie sebab diaorang sepupu aku yang senior so dia orang lebih tahu apa yang patut dibuat sebab kalau suruh aku yang uruskan memang tak berjaya la hari keluarga nie. Hari keluarga nie disertai hampir 100 orang yang terdiri daripada 8 orang anak,8 orang menantu,40 orang cucu dan 30 orang cicit kepada atuk aku Haji Wagiman. Bayangkan betapa besar nya keluarga belah abah aku nie kan. alhamdulillah kita orang kenal semua walaupun ada yang tak rapat.

Acara bermula pada pukul 8pg tapi ramai yang sampai dalam pukul 12.30 tengahari sebab pagi tue acara masak-memasak jea pada sesiapa yang tak masak dulu kat rumah tue. Kita orang dah bagikan tugas pada setiap keluarga so senang siket kerja sebab semua siapkan dekat rumah masing-masing just bawak yang dah siap jea. Kite orang berkumpul dekat rumah WakLong memandangkan ini pertama kali so dimulakan dekat rumah kakak abah yang sulung la. Setiap tahun akan bergilir-gilir mengikut turutan adik-beradik.

Macam-macam aktiviti ada contohnya bagi kanak-kanak ada pertandingan mewarna,bawak bola pingpong dalam sudu,pecahkan belon. Bagi remaja ada pertandingan kupas bawang putih tanpa guna pisau,masukkan air dalam botol guna straw. Peringkat dewasa ada makan epal tanpa guna tangan,boling kelapa,bawak bola pingpong dalam sudu and peringkat veteran ada tiup gula-gula dalam tepung,boling kelapa,kupas kulit epal paling panjang and cabutan bertuah.

pertandingan mewarna

pertandingan mewarna

pertandingan mewarna

pertandingan mewarna

sesi melepak

persiapan gula-gula dlm tepung

peserta cari gula-gula dlm tepung



kupas kulit epal terpanjang


makan epal paling cepat

bola pingpong dlm sudu


pecahkan belon terpantas

pertandingan mewarna

boling kelapa





penyampaian hadiah

mak dapat no3 kupas epal terpanjang

sesungguhnya aktiviti kekeluargaan macam nie sangat bagus untuk mengeratkan hubungan kami sekeluarga sebab nak berkumpul hari-hari lain agak susah sebab masing-masing sibuk dengan kerja,belajar dan macam-macam lagi. So masa macam nie jea la kiteorang boleh berkumpul ramai-ramai sambil berkongsi cerita. I Love My Family.


tHanks fOr yOur TimE to Read tHIs :D

No comments:

Post a Comment