Saturday, September 22, 2012

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

         Assalamualaikum, di saat entri ini ditulis aku sedang berada di rumah aku for study week. Alhamdulillah syuku kehadrat illahi kerana masih bagi aku peluang untuk menikmati saat-saat indah berada di rumah nie bersama keluarga tersayang. Sebenarnya aku rindu sangat nak post entri baru dekat blog nie tapi takde cerita yang menarik untuk aku tulis. Perjalanan hidup aku masih seperti kehidupan pelajar-pelajar yang lain iaitu sibuk bergelumang dengan assignment,test, quiz and presentation. Final exam aku akan start 3 oktober nie sampai 19 oktober.

        Sedar tak sedar aku hanya ada kurang daripada setahun lagi untuk aku menikmati kehidupan sebagai pelajar diploma dekat uitm dungun tue. Aku tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa bila study aku dah nak habes, samada aku gembira ataupun sedih semuanya bercampur menjadi satu. Aku harap aku dapat timba satu pengalaman yang menarik sepanjang aku berada di uitm dungun nie. 

         Kehidupan aku ada yang manis dan tak kurang juga yang pahitnya. Yang indahnya hubungan aku dengan Encik Botak dah cecah setahun lebih, alhamdulillah. Aku mengharapkan hubungan kami ini direstui dan dirahmati oleh Allah. Sepanjang setahun lebih hubungan kami nie pelbagai peristiwa suka dan duka telah kami lalui. Aku harap kami sama-sama kuat untuk hadapi segala jenis cubaan dan halangan dalam hubungan nie.

         Aku rasa dah tak ada cerita yang menarik untuk aku ceritakan,so baik aku melabuhkan tirai dulu. Assalamualaikum. 

tHanks fOr yOur TimE to Read tHIs :D

No comments:

Post a Comment