Friday, November 2, 2012

Perjalanan Hidupku

Assalamualaikum and selamat sejahtera,terasa lama sangat jari-jemari aku nie tak menekan keyboard laptop untuk menaip entri baru di blog usang nie. Aku tak tau ape yang dah jadi pada diri aku sampaikan perasaan malas untuk taip entri baru sangat lah berleluasa dalam diri aku nie..

Aku harapkan apa yang bakal aku coretkan pada blog usang aku nie tidak akan membosankan para pembaca,sekiranya bosan aku tak menghalang korang untuk tinggalkan blog usang nie sekiranya itu yang dimahukan. Dah kenapa pulak bahasa aku dalam entri nie sangatlah skema mengalahkan aku nie calon SPM yang akan hadap peperiksaan beberapa hari jea lagi nie.

Syukur kehadrat illahi kerana panjangkan usia aku sehingga mencecah umur 20 tahun nie. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup sebagai seorang anak,cucu,kawan,pelajar dan sebagainya di atas muka dunia ini. Antara aku sedar ataupun tak,dah macam-macam perkara terjadi pada aku sepanjang 20tahun nie. Antaranya aku kenal erti kasih sayang mak abah yang tak pernah pudar,jalinan persahabatan yang sangat membahagiakan aku dan aku dapat merasakan perasaan cinta dan sayang daripada insan bergelar lelaki. 

Tapi masih banyak yang perlu aku perbaiki dan pelajari untuk improvekan diri aku nie. Yela siapa yang taknak jadi yang terbaik di depan semua orang dan terutamanya aku nak jadi yang terbaik di depan orang yang paling aku sayang. 

                                                      Nyawaku Mohd Radzi dan Maimun

Alhamdulillah hubungan aku sesama mak abah sangatlah baik. Aku sangat berterima kasih kepada mereka sbb mereka lah yang mewujudkan aku di dunia ini dengan izin daripada Allah yang maha Esa. Aku bersyukur kerana dianugerahkan mak abah yang sangat sporting sehinggakan aku boleh berkongsi segala cerita samada cerita remeh-temeh dan yang penting. Aku tak mempunyai abang dan kakak jadi mak abah lah yang menjadi abang dan kakak kpd aku. Pada mereka lah aku bercerita tentang hobi,kawan dan cinta. 

Aku lebih senang bercerita tentang cinta dan Encik Botak kepada mak sbb aku maloo untuk bercerita dengan abah. Tapi walaupun aku tak ceritakan dekat abah,abah still akan tahu sbb mak confirm akan ceritakan dekat abah. Abah pulak aku lebih selesa bercerita mengenai hal semasa seperti politik,bola,hobi dan banyak lagi. Perkara yang lebih melibatkan hati dan perasaan aku just ceritakan pada mak saja. 

                                                   Aku harap ini lah pemilik tulang rusukku.
                                                              Zulkarnain Mohd Razadli

Kadang-kadang di saat aku dan Encik Botak dilanda masalah,mak macam dapat agak yang kami sedang bergaduh. Kalau kami bergaduh,mak pasti akan tanya aku samada kami ok ke tak walaupun aku tak pernah ceritakan dekat mak kalau kami gaduh and ada masalah. Itu lah yang dikatakan naluri seorang ibu. Pesanan mak pada aku semestinya mengharapkan aku berlembut hati dan lebih mudah untuk menuturkan perkataan maaf. 

Aku harap Encik Botak akan dapat  bersabar dengan kerenah dan perangai aku yang agak melampau nie. Aku cuba untuk jadi perempuan terbaik di matanya kerana aku tak nak ada perempuan lain yang kelihatan lebih baik daripada aku didepannya. Kelemahan aku ialah terlampau cemburu dan semakin hari aku semakin cuba untuk memperbaiki perasaan aku ini. Aku rasa aku terlampau cemburu kerana aku dilahirkan tidak mempunyai abang,kakak dan juga adik. So aku mendapat sepenuh perhatian daripada mak abah,dan bila Encik Botak kurang memberi perhatian pada aku,mulalah perasaan cemburu aku datang dan mula memikirkan perkara-perkara yang negatif. 

Aku harap aku dapat perbaiki kelemahan aku ini dari hari ke hari. Cukuplah sampai sini saja coretan aku untuk kali ini. Aku akan cuba perbaiki lagi mutu penulisan aku dan kerapkan menulis entri baru untuk make sure blog nie tak jadi blog usang lagi. Semua yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang dari diri ini. Assalamualaikum. 

                                                   Penyeri hidup dikala suka dan duka.

tHanks fOr yOur TimE to Read tHIs :D

No comments:

Post a Comment