Tuesday, March 12, 2013

img src='URL icon'/>Muncul kembali


Assalamualaikum .. dah lama jari-jemari aku nie tak mengetuk papan kekunci komputer riba aku nie .. *ayat tak boleh skema lagi ke? Aku memang langsung takde alasan kukuh kenapa aku dah lama tak update blog nie melainkan alasannya adalah MALAS .. Sekarang aku berada dalam minggu kedua terakhir untuk aku belajar before aku menghadapi final exam 27 march nanti .. semester nie buat pertama kali nya aku habis final exam awal which is 4 april .. dalam masa seminggu jea aku exam untuk 5 paper.. amazing kan??? Memang la seronok habis exam awal sebab dah lima semester muka nie la yang akan kena menganjing sbb habis exam lewat .. kononnya tolong tutup pintu pagar la segala .. memang kami suka .. Dalam seronok habis exam awal tue pun ada perkara yang sangat buat aku risau which is paper aku berderet untuk 3 hari ..

27/3/2013 - ENT 300
30/3/2013 - AIS 360
31/3/2013 - TAX 320
1/4/2013 - AUD 370
4/4/2013- MAF 330

Nampak tak betapa berderet nye paper exam aku ?? kau mampu???!!! Minggu nie sangat full dengan TEST 2 segala .. and minggu depan which is last week untuk belajar full dengan QUIZ 2 & 3 .. so memang muka aku nie mengadap buku jea la dua tiga minggu nie .. Selain drpd tue, kite org busy dengan presentation segala jenis project such as ENT300, website AIS360, ACL untuk AUD 370. Semuanya tue memerlukan komitmen kite org 150%. Alhamdulillah presentation ENT dah settle hari ahad (10/3/2013) and semuanya berjalan dengan lancar .. 





Semakin hampir nak tamat diploma nie makin sedih and berat hati pulak rasa nye nak tinggalkan Dungun nie .. sebab tempat nie la yang banyak mengajar aku erti kehidupan .. macam-macam perkara aku belajar dekat sini .. walaupun jujur aku katakan Dungun bukanlah sebuah tempat yang terbaik untuk aku .. tapi aku still happy pernah bergelar penduduk Dungun walaupun hanya untuk tempoh 3 tahun .. Aku harap aku dapat tamatkan pengajian diploma aku nie seperti mana yang aku rancang and harapkan .. InsyaAllah ..






tHanks fOr yOur TimE to Read tHIs :D

Saturday, November 10, 2012

img src='URL icon'/>10.11.12

Assalamualaikum and salam sejahtera, untuk entry kali nie aku just nak coretkan serba sedikit kisah hidup setelah dua puluh tahun menikmati kenikmatan hidup di muka bumi Allah ini. Pelbagai suka dan juga duka telah aku lalui sepanjang aku bergelar insan di dunia ini.

Aku tak nak membebel panjang untuk entri kali ini cukuplah sekadar aku meluahkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana telah meminjamkan aku nyawa untuk mengecapi kenikmatan bergelar manusia. Pada masa sekarang ini aku diuji dengan kewujudan seorang insan yang mungkin kurang menyenangi diri aku ini. Sebenarnya aku sendiri pun tak pasti apa sebenarnya motif kewujudan dia dalam hidup aku semula. 

Aku just mampu berdoa yang Allah memberikan aku kekuatan dan ketenangan hati dalam menempuhi dugaan dan cabaran dalam hidup ini. Aku hanya mampu berdoa agar insan yang wujud dalam hidup aku secara tiba-tiba ini akan memperoleh kebahagian di dunia dan di akhirat. Insyaallah. 


*tajuk tiada kena mengena langsung dengan inti pati entri aku nie. hahahhaha

tHanks fOr yOur TimE to Read tHIs :D